Kerabat Romanov
Kerabat Romanov

Kerabat Romanov

Kerabat Romanov (Bahasa Rusia: Рома́новы, Románovy, IPA: [rɐˈmanəf]) ialah dinasti kedua selepas Kerabat Rurik, yang berkuasa di Rusia, dan memerintah bermula pada tahun 1613 sehingga perlucutan takhta daripada Tsar Nikolai II pada 15 Mac 1917 akibat Revolusi Februari.Keluarga Romanov mula menonjol sebagai boyar daripada Grand Duchy Moscow, kemudian Tsardom Rusia. Pada tahun 1613, selepas beberapa tahun mengalami tempoh peralihan (Zaman Kesukaran), zemsky sobor menawarkan takhta Rusia kepada Mikhail Romanov. Beliau menaiki takhta sebagai Michael I, menjadi Tsar Rusia pertama daripada Kerabat Romanov. Cucu lelaki beliau, Pyotr I mengasaskan Empayar Rusia dan mengubah negara menjadi sebuah kuasa besar melalui siri-siri peperangan dan pembaharuan.Waris terus daripada keturunan lelaki dalam Romanov berakhir apabila Elizabeth dari Rusia meninggal dunia pada tahun 1762. Selepas satu era krisis dinasti, Kerabat Holstein-Gottorp, sebuah cabang kadet daripada Kerabat Oldenburg yang memerintah di Denmark, menaiki takhta pada tahun 1762 dengan pertabalan Peter III, seorang cucu lelaki kepada Peter I.[1] Kesemua pemerintah bermula pada pertengahan kurun ke-18 sehingga revolusi pada tahun 1917 merupakan berketurunan daripada cabang ini. Meskipun secara rasminya dikenali sebagai Kerabat Romanov, mereka yang berketurunan daripada dinasti Romanov dan Oldenburg kadangkala dirujuk sebagai Holstein-Gottorp-Romanov.[2]Pada awal tahun 1917, dinasti Romanov mempunyai 65 anggota, 18 daripadanya dibunuh oleh puak Bolshevik. Manakala 47 orang yang selebihnya melarikan diri keluar negara.[3] Pada tahun 1924, Grand Duke Kirill Vladimirovich, waris lelaki daripada Alexander II dari Rusia yang terselamat dan paling tua berdasarkan primogeniture, menuntut gelaran sebagai ketua bagi Kerabat Diraja Rusia yang tidak lagi wujud. Sejak tahun 1991, pewarisan ke atas bekas takhta Rusia dipertikaikan, sebahagian besarnya disebabkan ketidaksetujuan ke atas kesahihan perkahwinan dinasti.Grand Duchess Maria Vladimirovna dari Rusia menuntut gelaran maharani dengan dalih bersama-sama satu-satunya anak beliau, George Mikhailovich, sebagai pewaris raja. Mereka yang lain tidak bersetuju dengan menyokong hak-hak yang dituntut oleh mendiang Putera Nikolai Romanovich Romanov, yang mana adik lelaki beliau Putera Dimitri Romanov merupakan waris lelaki daripada cabang ini yang kini diserahkan kepada Putera Andrew Romanov. Terdapat juga saingan yang bukan daripada dinasti Romanov yang dituntut oleh Putera Karl Emich daripada Kerabat Leiningen yang disokong oleh Parti Monarkis.

Kerabat Romanov

Rujukan

WikiPedia: Kerabat Romanov http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://rbth.com/multimedia/2015/03/25/romanov http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://www.loc.gov/rr/rarebook/coll/214.html http://prpm.dbp.gov.my/ http://dlib.rsl.ru/viewer/01004169063#page13?page=... https://www.youtube.com/playlist?list=PLhuA9d7RIOd... https://aleph.nkp.cz/F/?func=find-c&local_base=aut... https://id.loc.gov/authorities/subjects/sh85115062 https://d-nb.info/gnd/118749579